PDPA

Dasar Privasi

Ringkasan bagaimana Transformasi Mahasiswa mengendalikan data peribadi anda.

01

Data yang dikumpul

Apabila anda menghantar borang permohonan, kami mungkin mengumpul:

  • Nama penuh
  • No. MyKad (IC)
  • No. telefon
  • Universiti
02

Tujuan

Data digunakan hanya untuk memproses permohonan bantuan, menghubungi anda, dan rekod dalaman pentadbiran TMSiswa.

03

Simpanan

Maklumat disimpan dalam pangkalan data dan fail imej pada pelayan kami. Akses terhad kepada pentadbir yang dibenarkan.

04

Persetujuan

Dengan menanda kotak persetujuan pada borang, anda bersetuju data anda diproses untuk tujuan di atas, selaras dengan prinsip perlindungan data peribadi di Malaysia (PDPA).