Permohonan Bantuan Kewangan Kemasukan ke IPT (Aspirasi IPT) Negeri Sembilan 2026
ERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KEMASUKAN KE IPT TAHUN 2026 (ASPIRASI BANTUAN IPT)
PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
Inisiatif di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2026 bagi meringankan beban kewangan pelajar anak Negeri Sembilan daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendaftar ke Tahun Pertama pengajian tinggi.
Kadar Bantuan Kemasukan Mengikut Peringkat Pengajian:
Sijil / Matrikulasi / Asasi: RM500.00
Diploma: RM750.00
Diploma (STEM) / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD: RM1,000.00
Ijazah Sarjana Muda (STEM): RM1,500.00
Syarat Utama Permohonan:
Khusus bagi pelajar mendaftar ke Tahun Pertama pengajian sahaja.
Pemohon mestilah berumur 15 tahun ke atas.
Permohonan mestilah diisi oleh pelajar sendiri melalui portal rasmi (bukan diisi oleh ahli keluarga).
Pemohon merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan.
Pemohon bermastautin di Negeri Sembilan.
Pendapatan bulanan kasar isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000.00.
Pelajar yang pernah menerima bantuan ini bagi sesi pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan lagi.
Tatacara Permohonan Dalam Talian:
Layari portal: [https://www.n9.digital](https://www.n9.digital)
Cipta akaun baharu di [https://www.n9.digital/create_account](https://www.n9.digital/create_account) atau log masuk akaun sedia ada.
Pilih skim Aspirasi Bantuan Kewangan IPT Tahun 2026.
Lengkapkan profil pemohon, maklumat isi rumah (walaupun berstatus bujang), dan muat naik dokumen sokongan dengan jelas.
Dokumen Sokongan Wajib Dimuat Naik:
Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga (atau Sijil Kematian/Perceraian jika berkaitan).
Salinan Penyata Gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga.
Salinan Surat Tawaran Rasmi ke IPT.
Salinan Surat Pengesahan Pendaftaran / Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran / Surat Pengesahan Pengajian.
Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah atau Menengah.
Salinan Penyata / Akaun Bank Pemohon.
Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR (https://mysprsemak.spr.gov.my/).
Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan FELDA yang disahkan Pengurus FELDA (khusus anak peneroka FELDA sahaja).
Tarikh Penting Permohonan:
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2026