Memuatkan...
Makluman penting

Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) 2026

06/10/2026 · Tamat 30/11/2026

INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK (INSISYP)

(Dahulu dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak)

Bantuan permulaan secara one-off oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak bagi meringankan beban mahasiswa dan keluarga untuk persediaan pendaftaran Semester Pertama Tahun Pertama ke IPT dalam dan luar negara.

Kadar Bantuan IPT Dalam Negara:

  • Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional): RM300.00

  • Diploma: RM500.00

  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000.00

    (Bagi isi rumah berpendapatan RM7,500 ke bawah)

Kadar Bantuan IPT Luar Negara:

  • Diploma: RM1,500.00 (Kategori A) | RM2,500.00 (Kategori B)

  • Ijazah Sarjana Muda: RM3,000.00 (Kategori A) | RM5,000.00 (Kategori B)

    (Pengajian di IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA & MQA)

Panduan & Kaedah Permohonan:

  1. Daftar akaun permohonan di laman web rasmi Yayasan Perak.

  2. Pilih menu Mohon Bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak.

  3. Lengkapkan borang dalam talian serta muat naik semua dokumen sokongan yang disahkan.

  4. Status permohonan boleh disemak melalui akaun yang sama selepas 2 minggu dari tarikh penghantaran.

Dokumen Sokongan Wajib Disahkan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.

  • Salinan Surat Tawaran Rasmi Kemasukan ke IPT.

  • Salinan Pengesahan Setuju Terima Tawaran / Resit Bayaran Pendaftaran (jika ada).

  • Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon.

  • Salinan Slip Gaji / Penyata Pencen Ibu Bapa / Pemohon / Pasangan.

  • Surat Pengesahan Bermastautin (jika berkaitan).

    (Pengesahan dokumen oleh ADUN / Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Kumpulan A Gred 41 ke atas).

Pertanyaan & Maklumat Lanjut:

Mohon Rasmi

← Kembali